Assalamualaikum.
So eager to write until I dont know how should I start. Lets start with kepulangan ayahanda dari umrah nya.
I think and I feel that umrah beliau adalah umrah yang mabrur. Masuk je kereta di KLIA, sampai lah ke rumah. Tak henti-henti dia suruh anak-anak dan menantunya and of coz cucu kesayangan " Waktu muda-muda ada tenaga ni pergi lah", katanya. Betapa seronoknya yang tak dapat digambarkan. Hati menjadi sayu, menangis saje kat sana. sambung nya lagi. Kalau sebelum ni, beliau cepat melenting waktu jalan jem , tapi dekat sana tak de nak marah-marah orang amek tempat kita. Sifat tenang itu kekal sehingga dia pulang ke malaysia. Ya Allah, sampaikan lah aku ke sana. Rindunya pada Rasulullah,ingin sekali menziarah makamnya. Moga diberi kelapangan dan kesempatan untuk ke sana. Amin. Tapi pesan abah, buatlah persiapan secukupnya, kalau dari sini tak biasa berzikir, tak biasa pergi jemaah kat masjid,tak biasa buat solat sunat. Mungkin payah nak mempraktikkan bila sampai di sana. dan niat mesti betul. Kerana setiap amalan dikira berdasarkan niat kita. Kalau niat pergi umrah sebab nak shopping, nak riak kat orang lain, baik toksah pi la mokcik,pokcik.huhu. One day, I'll go there. One day. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment