Wednesday, June 27, 2012

Santapan rohani yang kian gersang

        Last Sunday, my family and I went to Masjid Al-Azim, Pandan Indah since the mosque organised a program entitled " Syaaban dihati Ramadhan dinanti". The program start since the saturday morning until midnight. We arrived there around 9 am. After having breakfast, we start participate in the program. Basically, the organizer invited speakers such as Ustaz Roslan, Dr. Rubiyah Kulop, Imam Muda Asyraf, Ustaz Zamri, Ustaz Ismail Kamus, and last but not least Ustaz Azhar Idrus.

        So, here I summarised what I'd learned from this 1 day program. However, I did not fully participate in the program because after Zohor, we had other things to do and we came back to the mosque during magrib.

Speaker : Dr. Rubiah Kulop (Admire her so much)

  • Pastikan kalimah syahadah itu bukan hanya di bibir tapi biar mengalir dalam darah sampai ke organ.
  • Setiap kali kita melakukan sesuatu atau setiap kali bangun tidur, ingat dan sebut dan masukkan dalam jiwa " Aku hamba Allah, pengikut Rasulullah".
  • Maka, setiap yang kita lakukan hanya untuk Nya. 
  • Ibu bapa kena didik anak2 supaya kalimah syahadah ini teguh dalam diri anak2. 
Speaker : Imam Muda Asyraf dan seorang lagi ustaz (terlupa namanya)
  • Title: Perkahwinan di usia muda
  • Nak dapat yang soleh, jadilah solehah and vice versa kerana Allah dah berjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
  • Bersangka baiklah kepada Allah. Rezeki itu datang dari Allah.
  • Allah mengangkat orang yang bertaqwa dan berilmu. Maka, carilah ilmu selagi jantung berdenyut.
  • Tips untuk wanita: lelaki yang berisiko ialah lelaki yang mengajak anda berbuat "ringan2"
Speaker : Ustaz Ismail Kamus
  • Jangan persiakan nikmat Islam yang Allah berikan.
  • Jangan kedekut. Jangan dipandang nikmat itu tapi pandang pada siapa yang memberi nikmat iyu.
  • Kalau dapat nikmat, bersyukur dan agih-agihkan
  • Kalau tak dapat, bersabar.
  • Manusia itu sifatnya terburu-buru, tergesa-gesa. Semuanya nak cepat. Solat nak cepat, gaji nak cepat, mati nak lambat.
  • Sentiasa anggap diri hina dari orang lain. Anggap diri kurang ilmu dan amal.
  • Orang yang berilmu membersihkan jiwa, akal dan hatinya.
  • Allah benci pada orang yang fasik, orang yang kedekut, dan orang yang sombong.
  • Allah sayang orang yang beramal,bertambah sayang sekiranya orang yang beramal itu adalah orang muda.
  • Allah sayang orang yang pemurah, lebih2 lagi orang yang miskin tatapi pemurah.
  • Lima perkara yang dapat melepaskan dari siksaan kubur : solat 5 waktu,wirid, baca Al-Quran dan sedekah.
  • Kosongkan hati dari sifat mazmumah dan isikan nya dengan sifat mahmudah.
  • Buatlah ibadah walau sekecil zarah pun kerana kita tidak tahu ibdah mana yang mendapat keredhaan Allah
  • Solat malam 1000x pahala dari solat siang.
  • Kurangkan tidur . 
  • Amalkan: Baca surah Al Mulk dan As sajdah before tidur, baca bismillah 21x sebelum tidur untuk elak kecurian dan kebakaran, Baca Al Ikhlas 11x esok paginya untuk elakkan perbuatan sia-sia.
Speaker : UAI
  • Peraturan Allah lebih tinggi dari segala peraturan.
  • Hiduplah mengikut syariat Islam.

Wallahualam.Semoga program-program begini dapat diadakan lagi. sokong lah kerajaan Selangor. Ahaks!




No comments:

Post a Comment

 

twentycent | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates