Hari ini, banyak sungguh benda yang aku dapat. bukan benda tapi ilmu, peringatan buat aku yang mudah lupa ni.
Bermula nya dari WHI yang aku tonton , topik hari ni pasal perbelanjaan menjelang raya. Aku tengok bukan dari awal pon, dah sampai pertengahan dah masa tu. Ada seorang tetamu yg mana muka familiar cuma aku tak tahu namanya. Pakar motivasi barangkali. Dialognye lebih kurang mcm ni.
Pengacara: Ada sesetengah orang, mereka merasakan hebat pabila memakai barangan berjenama.
P.motivasi: Orang yang sebegitu meletakkan nilai dirinya pada nilai barang yang dia pakai. Bila pakai barangan yang tak berjenama, mulalah terasa low self esteem. Nilai diri seseorang sebenarnya terletak pada nilai kemanusiannya. Orang yg begini, bijak mengurus wang dan hidupnya kerana dia sedar kenapa dia dihidupkan, apa tanggungjawabnya.
Sedarkah aku? Sedarkah kamu?
Selepas itu, aku berhijrah pula ke facebook. Lalu terbaca la satu kisah benar yang bertajuk
Sungguh kuat ibunya, sungguh tabah wanita itu. Sebab itulah Allah turunkan ujian buat dia kerna Allah tahu dia boleh memikulnya. Meleleh2 air mata ni baca nota itu. Al-fatihah
Selesai baca nota tu, aku baca pula satu blog yang dikongsikan di fb. Tajuk nota tu "Andai dia pergi dulu sebelummu.." (genta-rasa) Aku tersentuh bila membaca satu ayat yang buatku tersedar dan berfikir.
"Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati."
Semalam, aku menonton Ini kisahku di Tv9. Ini Kisahku adalah satu program TV tentang penghijrahan artis2 ke arah kebaikan. Jadi, artis pada hari itu adalah Wardina Safiyyah which is my favorite celebrity, my inspiration. Memang ku nantikan sebenarnya. Satu prinsip hidup Wardina yang menarik hatiku ialah "You are what you eat and YOU ARE WHAT YOU READ. " Apa yang kita baca selama ni akan membentuk mindset kita, perlakuan kita dan diri kita.
Apa yang aku baca selama ni? Apa yang kamu baca selama ini? atau dah berzaman tak baca apa2 ?
Tak perlu pergi jauh2, tanyalah pada diri kita.. Bilakah kali terakhir aku membaca Al-Quran? Adakah sekadar membaca tapi tak memahaminya?
eh eh terkusyuk plak bace ni ehhehe :P
ReplyDelete