Wednesday, August 10, 2011

Apple does not fall far away from the tree

Malam ke 8 ramadhan di sebuah masjid. 
Sedang beramai2 selawat ke atas nabi setelah selesai 2 rakaat solat sunat tarawikh:


Si kecil : tumpang lalu (sambil mencelah antara makmum)


Kelihatan seorang budak lelaki memakai jubah putih dan bersongkok putih. saaangat lah comel. Dia rupanya tuan punya suara. Dia terus pergi kepada ibunya. Kemudian imam pun berdoa, maka semua diam meng amin kan doa. Ketika itu...


Si kecil : allahumma hamna bil quran..(dia membaca doa khatam quran sampai habis dengan berlagu2)
 Sangat kagum kerana tidak ada cacat celanya doa yang si kecil itu baca . Tidak pelat langsung, petah sungguh.


Kemudian, kami berdiri untuk meneruskan solat tarawikh


Si ibu : adik duduk kat belakang dulu eh, ibu nak solat
Si kecil: nak solat dgn ibu


Maka solat lah dia bersama kami dengan caranya sendiri. Si kecil solat tidak mengikut imam tapi dia melakukan satu persatu mengikut turutan yang betul. Selepas membaca fatihah, rukuk, takbiratulihram, sujud, duduk antara dua sujud, sujud . Dia melakukannya seorang diri tanpa mengikut makmum lain yang pada ketika itu makmum masih berdiri untuk rakaat pertama.Setelah selesai, doa dibaca dan sekali lagi si kecil itu membaca doa khatam quran. Seorang makmum bertanya kepada si kecil


Makmum: umur berapa ni?
si kecil : 4 tahun (sambil mengangkat 4 jari). Abang saya 10 tahun.


Aku tersenyum. Dalam hati tertanya2, bagusnya si kecil ini. Macam mana agak nya ibu bapanya mendidik si kecil itu. 







No comments:

Post a Comment

 

twentycent | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates