Today might be the last tarawikh for this year. Ramadhan will leave us and syawal is just around the corner.
Today tazkirah entitled "time" or "waktu". Lets I proceed with BM la..hehe.
Ustaz berkata Rasulullah saw bersabda manusia yang berilmu (if im not mistaken, kadang2 otak ni cepat lupa) mempunyai 4 waktu iaitu :
Pertamanya waktu bermunajat kepada Allah. Berapa banyak masa telah kita habiskan untuk bersama dengan NYA? Berapa kali kita mengadu kepada NYA?
Keduanya waktu untuk muhasabah diri kita. Ada berpesan " hitunglah amalmu sebelum ianya dihitung kelak.
Ketiga, waktu untuk menikmati ciptaan Allah. Pernahkah kita berfikir tentang segala kejadian di sekeliling kita?
Dan terkhir, waktu untuk dunia iaitu dengan mencari rezeki yang halal dan menjadi khalifah di muka bumi ni.
Pesan ustaz itu beribadahlah kerana Allah kerana Allah itu kekal tetapi ramadhan itu akan pergi.
