Friday, January 13, 2012

His Mercy

Today it still raining. Pagi tadi clinical exam sangat lah nervous sampaikan pukul 5 pagi dah terjaga tapi paksa mata tutup jugak. Tepat2 suara azan melaungkan as solati khoiri minan naum (solat itu lebih baik dari tidur), macam terkejut terus terduduk atas katil. Terus fikir pasal clinical exam. Malam semalamnya, aku tak putus2 doa , mintak mama doakan kerna doa ibu itu sangat mudah dimakbulkan. Aku bernazar sekiranya aku lulus dengan cemerlang which means I dont have to repeat, aku akan berpuasa sunat 3 hari. Mulut dan hati tak henti2 memuji Allah. Hanya pada Dia aku mengharap kerna hanya dia yang berkuasa menentukan segalanya. Mungkin sebab itu, aku rasa lebih tenang compared to masa clinical exam yang before2 this. Masa di bilik kuarantin, although tengah baca notes, mulut aku terkumat kamit berzikir. I keep repeating Lillahi Taala. Moga niat ku ini betul,semuanya kerana Allah Taala. Kerana Allah Taala, aku menutut ilmu dan diuji. Kerana Allah Taala, aku akan mengamalkan ilmu ini untuk membantu orang2 kelainan upaya. Moga ibadah ku yang tak seberapa ini dipandang Allah,dicatit malaikat. 

Alhamdulilah, walaupun ada kepayahan sewaktu berlangsungnya sesi aku bersama patient itu, aku still dapat berfikiran waras dan tak panik. Aku tak tahu lagi aku lulus atau tak tapi I had try my best I think. Dan pada hari ni juga, aku dapat lihat kebesaran Allah. Betul lah setiap kejdian itu ada hikmahnya. Aku tidak diberi masa untuk prepare bilik testing seperti rakan2ku yang lain kerana time constraint and patient tu nak balik cepat. Jadi, tak sempatlah nak calibrate and check equipment2 tu. Tapi,hikmahnya, waktu Viva aku disingkatkan kerana dah nak dekat solat Jumaat. Mungkin certain people will think it is not fair sebab aku tak ditanya banyak soalan. Tapi, untuk aku itulah rezeki dan rahmat Allah buat ku. Thank You Allah. Syukur sangat2. Semoga aku terus bergantung padaNya bukan hanya pada waktu sukar saja. Amin. Mungkin jua doa mama dimakbulkan. 

Thursday, January 12, 2012

Mission

Its raining today. Non stop. Lama sungguh Allah bagi peluang untuk hambanya berdoa. Waktu hujan is one of waktu yang mustajab berdoa. Ya Allah,permudahkan lah segala urusan aku di dunia dan di akhirat kelak. Permudahkan lah exam ku esok,lancarkan lah percakapanku. Amin. Extremely nervous right now. Only Allah can help me. Remember people. Depend solely on Allah.

Qoute for today from Yasmin Mogahed:
You wanted strength, so you went to the gym. You put weight on the bar and you lifted. When you wanted more 
strength, you added more weight. And yet when you seek strength of heart, mind and soul, you think it comes without lifting.

Mission for this year:
sedang mencari kelas tafsir quran and teringin nak berbulatan gumbira.

Wednesday, January 11, 2012

Only for you

Hai kamu. Ye,kamu yang tengah baca blog saya ni. 
Read THIS. and THIS
......................................................
Dah habis baca?
Osem kan?
Kuasa Allah,hidayah itu milik Nya yang satu.
When is our turn?
Only Allah knows.Keep seeking from Him.
Allah tell us:
Wahai hamba2ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri.Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dialah Yang Maha Pengampun,maha Penyayang.(Az-zumar;53)

Terkena batang hidung ker?
ye, sayalah hamba yang Allah maksudkan itu.
Allah said to me and to you
Never give up 
Biarlah setan keliling pinggang pun,kerna memang itu kerja mereka
but
Selagi Allah di hati,di ingatan.
Insyallah, He will protect us.
Guide us.
Amin.

The uniqueness of autistic child

Autistic child is so unique. Yesterday I met an autistic child and fortunately today I was given an oppurtinity by Allah again. Although both of them are autistic but different child has different character. The common thing about them is they do not like to be touch by stranger. huhu.Sometimes they are clever than us. 

Hari ni saya bermain blok2 kayu yang berwarna warni dengan autistic child ini, bila dia susun blok itu ada kaler biru,merah dan kuning,suddenly he said TV3. Oh,lupe nak cakap, dia suka imitate apa yang TV cakap and currently now he is on therapy with the speech therapist for his speech development. Tak tahu nak describe macam mana uniknya mereka ini. Boleh la google2 or tgk video kat youtube kalau nak tahu lanjut pasal autism ni. Back to the autistic child yang saya jumpa hari ni, he is so cute and I keep laughing while playing with him. Tengah2 main tiba2 he said 'old town white coffee' and then when my friend try to touch him, he said Oh My god. Fyi, he has problem with his speech development, he just imitating from the TV but he might not know what is the meaning of it. Unik kan? Dia boleh baca sign board or iklan sedangkan parents dia cakap dia tak pernah di ajar membaca. Satu lagi,autistic child ini selalunya have poor eye contact with people. dan, time saya bermain dengan kanak-kanak unik ini,I can observed that dia akan susun mainan itu mengikut turutan ketinggian dan warna blok2 kayu tu. And, he doesn't like red color.huhu. 


Setiap insan yang Allah jadikan itu ada kelebihan dan kekurangannya. Betapa besarnya kuasa Allah. Dan hanya ibu bapa yang bertuah sahaja yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab ini. To all parents and family yang ada autistic child, beruntungnya kamu semua dipilih oleh Yang Maha Esa untuk membesar kan kanak-kanak unik ini. Allah takkan membebani hambanya sekiranya dugaaan itu diluar kemampuan hambanya itu. It showed you are the strongest person compared to others. Osem gle!hehe. Segala pengorbanan yang anda lakukan di dunia ini dilihat oleh Allah,terimalah dengan hati yang ikhlas. Kelak insyaallah syurga lah destinasi anda. 

Tuesday, January 10, 2012

NOW

The time is coming. Sudah tiba masanya untuk berubah, jalan nya sudah dipermudahkan oleh Nya. Syukur.
My soul is hunger. Hunger to be educate by knowledge of islam. Im not getting younger,this year 24 years old sudah. Kalau zaman mama,dah dapat anak sorang. Dah jadi ibu dah pun. Dengan ilmu yang serba kekurangan ni, macam mana la nak jawab soalan anak2 nanti. Kenapa kena solat? Kenapa itu? Kenapa ini? ~speechless~
Biar pun jika ditakdirkan,aku tidak ada zuriat mahupun peluang untuk berumah tangga, I still have niece, my siblings. Hopefully able to guide them.amin. Sila lah guide diri sendiri dulu ye.Perkara pertama yang perlu diubah untuk diri ini ialah buat semua kerana Allah. Sangat lah selalu lupa tentang itu. Bila niat dah salah, semua jadi tunggang terbalik. Bila dah terhantuk,baru berpaling pada Nya. sangatlah ungrateful. tak perlu lah perkara kedua dan ketiga, cukuplah satu perkara. Biar kecil perubahan itu tapi berkekalan and yang paling importante hasrat itu tercapai.amin2.

mode: sedang mencari bulatan gembira untuk di join.

Sunday, January 8, 2012

Empathy and sympathy

Bersalahkah dia? Benar kah tuduhan yang dilemparkan? Aku tidak tahu. Jika mereka hanya menabur fitnah, jawablah kamu dengan Nya kelak. Aku tidak tahu siapa yang betul,siapa yang salah. Tapi aku berdoa agar kebenaran akan terbongkar satu hari nanti. Jika tidak di dunia, sabarlah menanti di akhirat kelak. Sedih melihat keadaan begini. Kerna kuasa, manusia menjadi kejam. Tiada lagi simpati, tiada lagi empati. Alangkah rindunya aku pada Rasulullah.
 Gembirakah dia dengan keadaan umatnya kini? 

Thursday, January 5, 2012

Welcome 2012

Bye bye 2011..Too many memories to be kept. mostly it was sweet memories. 2011, my mom went for umrah for 2 weeks and her absence makes me realize I love her so much. siap nangis lagi bila mama sms or kol, tapi she never knew that,hehe. Malu.haha. Bila mama pergi umrah,terasa rumah kosong,I tried to cook like mama,tapi tak sama rasanya.huhu. Rindu dengar mama membebel,suara mama. I just cant imagine if mama pergi umrah and tak pulang2 da. sangat takut. alhamdulilah,Allah stil bagi kesempatan,panjangkan umur mama. Betul la orang kata, bila ada depan mata,kita kurang appreciate tapi bila dah tak ada,baru nak sedar betapa berharganya orang tu. So, appreciate our parents selagi mereka bernyawa. Jangan menyesal kemudian.Itulah pengajaran paling besar for me untuk 2011.May Allah bless my parents. Im so proud to be one of their daughter, may Jannah will be our final destination. Amin..
 

twentycent | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates