Friday, January 13, 2012

His Mercy

Today it still raining. Pagi tadi clinical exam sangat lah nervous sampaikan pukul 5 pagi dah terjaga tapi paksa mata tutup jugak. Tepat2 suara azan melaungkan as solati khoiri minan naum (solat itu lebih baik dari tidur), macam terkejut terus terduduk atas katil. Terus fikir pasal clinical exam. Malam semalamnya, aku tak putus2 doa , mintak mama doakan kerna doa ibu itu sangat mudah dimakbulkan. Aku bernazar sekiranya aku lulus dengan cemerlang which means I dont have to repeat, aku akan berpuasa sunat 3 hari. Mulut dan hati tak henti2 memuji Allah. Hanya pada Dia aku mengharap kerna hanya dia yang berkuasa menentukan segalanya. Mungkin sebab itu, aku rasa lebih tenang compared to masa clinical exam yang before2 this. Masa di bilik kuarantin, although tengah baca notes, mulut aku terkumat kamit berzikir. I keep repeating Lillahi Taala. Moga niat ku ini betul,semuanya kerana Allah Taala. Kerana Allah Taala, aku menutut ilmu dan diuji. Kerana Allah Taala, aku akan mengamalkan ilmu ini untuk membantu orang2 kelainan upaya. Moga ibadah ku yang tak seberapa ini dipandang Allah,dicatit malaikat. 

Alhamdulilah, walaupun ada kepayahan sewaktu berlangsungnya sesi aku bersama patient itu, aku still dapat berfikiran waras dan tak panik. Aku tak tahu lagi aku lulus atau tak tapi I had try my best I think. Dan pada hari ni juga, aku dapat lihat kebesaran Allah. Betul lah setiap kejdian itu ada hikmahnya. Aku tidak diberi masa untuk prepare bilik testing seperti rakan2ku yang lain kerana time constraint and patient tu nak balik cepat. Jadi, tak sempatlah nak calibrate and check equipment2 tu. Tapi,hikmahnya, waktu Viva aku disingkatkan kerana dah nak dekat solat Jumaat. Mungkin certain people will think it is not fair sebab aku tak ditanya banyak soalan. Tapi, untuk aku itulah rezeki dan rahmat Allah buat ku. Thank You Allah. Syukur sangat2. Semoga aku terus bergantung padaNya bukan hanya pada waktu sukar saja. Amin. Mungkin jua doa mama dimakbulkan. 

No comments:

Post a Comment

 

twentycent | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates